BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Tuesday, October 4, 2011

Kesan Negatif Sistem Perhubungan (Telekomunikasi)



Antara kesan negatifnya ialah :

1. Meruntuhkan moral
Sistem internet membolehkan laman web mudah dilayari. Ini mendedahkan masyarakat kepada budaya asing yang boleh meruntuhkan akhlak dan moral pengguna remaja jika tiada kawalan daripada pihak ibubapa.
2. Pembaziran masa/kos
Tanpa perancangan dan kawalan yang baik, akan berlaku penyalahgunaan internet untuk tujuan yang tidak berfaedah. Golongan pelajar yang sepatutnya mencari ilmu untuk meningkatkan pengetahuan sering menyalahgunakan internet untuk bermain ‘games online’ atau ‘bersembang di kotak sembang’ berjam-jam lamanya. Akibatnya berlaku pembaziran dari segi masa dan kos juga kerana bil elektrik dan bil internet juga meningkat.
3. Pengangguran
Penggunaan sistem komputer menyebabkan pengurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu seperti sektor perbankan.
4. Menjejaskan keselamatan negara
Era globalisasi menyebabkan semua negara menggunakan internet dalam pelbagai urusan termasuklah urusan kerajaan. Keadaan ini boleh mendedahkan negara kepada anasir asing yang berniat jahat dengan cara melakukan pencerobohan ke dalam sistem komputer negara.
5. Pencemaran bahasa.
Bahasa ’chatting’ yang sering digunakan oleh pengguna internet telah menguasai dan menjadi bahasa utama dalam penulisan di blog-blog dan laman sosial di alam maya. Keadaan ini merupakan situasi tidak sihat terutamanya kepada pelajar kerana terpengaruh dalam penulisan mereka di sekolah dan juga dalam kehidupan mereka. 

6 comments:

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...