Si tompok nama diberi,
Baru 3 bulan usianya,
Begitu manja berseri-seri,
Suka tidur dibelai manja..
Artikel berkaitan
Tuesday, December 31, 2013
Sunday, December 29, 2013
Cuti-Cuti Adelaide : Adventure Playground St Kilda
Pada 23 Disember 2013, masih lagi di bumi Australia. Waktu 11 pagi (masa di Adelaide), kami bertolak ke taman permainan.....dalam kepala tu ingatkan taman permainan biasa. Tapi rupa-rupanya taman permainan gergasi dan mencabar keberanian kita untuk mencubanya. Seronok tak terhingga adik-adik along iaitu syu, wani dan ira. Aku pun seronok juga, adalah mencuba beberapa permainan seperti gelongsor yang tinggi tu...hehehe
Gelongsor ni lah aku naik...takut ooo hehehe |
Gelongsor ni tak berani naik, tapi syu, ira, wani dan along naik berkali-kali. Seronok kata depa! |
Yang ini pun aku main, pusing laju-laju bersama-sama ira, wani, syu, along dan yang tukang pusinnya si suamiku..hehehe terasa angin sejuk menampar pipi! |
Haaa tengok tu papan jongkang jungkit gergasi! Tingginya sampai 6 kaki. Yang ini wani dan ira main. Seronoknya ... |
Burung-burung (seabird) menunggu taburan nasi yang terjatuh semasa kami makan tengahari di situ... Cuaca begitu baik hari tu, walaupun panas matahari memancar tetapi anginnya sejuk! |
Friday, December 27, 2013
Cuti-cuti Adelaide : Jom Tangkap Ketam di Thompson Beach
Thompson Beach, Adelaide, Australia |
Ketam yang kami tangkap mestilah menepati saiznya, dengan menggunakan alat ukurannya, jika ketam itu masih kecil, kami lepaskan semula.
Alat Ukuran Ketam |
Ketam-ketam yang berjaya kami tangkap! |
Ketam-ketam itu kami masak lemak cili padi..sedap sebab isinya yang segar...fresh dari laut dan ditangkap sendiri!
Ketam Masak Lemak Cili Padi ~ klik untuk lihat resipinya |
Monday, December 23, 2013
Job Di Rumah Menjana Pendapatan Atas Talian!
Saturday, December 21, 2013
Tahniah Along Dan Kawan-kawan
Thursday, December 19, 2013
Sarapan pagi : roti goreng telur
Monday, December 16, 2013
Sayangi emak ...
Sunday, December 8, 2013
Banjir Melanda Lagi!
Namun kali ini, bencana banjir yang melanda negeri-negeri berkenaan agak luar biasa terutamanya bagi negeri Pahang dan khasnya bagi bandar Kuantan. Mangsa banjir bagi Pahang mencatat jumlah yang besar iaitu melebihi 40,000 orang dan daerah Kuantan sahaja meliputi separuh daripada angka tersebut! Kenapa ini berlaku? Adakah kerana pembangunan yang pesat di Kuantan puncanya!
Bandar Kuantan mulai dinaiki air apabila hujan tidak berhenti-henti dalam tempoh 2 hari bermula pada 2 Disember hingga 3 Disember. Nadi Kuantan lumpuh apabila semua jalan utama di Kuantan ditenggelami air. Hujan berlarutan selama hampir seminggu. Kawasan rendah seperti Perkampungan Sg Isap, Bukit Rangin, Cenderawasih, Taman Guru dan Permatang Badak ditenggelami air. Kejadian banjir ini mengingatkanku tentang banjir pada tahun 2001 yang kami alami. Nak tahu ceritanya klik sini. Juga kejadian aku terperangkap dalam banjir pada tahun lepas..klik sini untuk baca!
Kali ini, aku dan keluarga selamat, syukur alhamdulillah. Namun risau tetap bertakhta di hati pabila melihat hujan mencurah-curah tanpa henti...semoga mereka yang terlibat sentiasa dalam lindunganMU Ya Allah. Hanya doa yang tidak putus-putus aku panjatkan ...setiap kali selepas solat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Semoga mereka yang terlibat dengan banjir kali ini tabah, Allah menguji hambaNYA untuk meningkatkan darjat keimanan seseorang...
Untuk melihat gambar-gambar banjir di Kuantan, sila klik Life @ Kuantan
Tuesday, November 19, 2013
Lama Menyepi!
Saturday, November 16, 2013
Jom ke INTI Naik Ford!
Tuesday, November 5, 2013
aimida clothing: elliteu skirt : batch 1
.
Untuk gambar dan pilihan skirt yang lebih menarik, sila klik link kat atas tu ya!
Monday, October 21, 2013
Sumbangan pemodenan pertanian kepada ekonomi Malaysia
1. Hasil Pertanian Meningkat Dan Menjimatkan Masa.
Penggunaan jentera contohnya jentera pembajak dan jentuai dalam pertanian padi sawah telah membolehkan padi ditanam 2 kali setahun atau 5 kali dalam tempoh 2 tahun. Apabila hasil pertanian meningkat, pendapatan petani juga meningkat dan taraf hidup mereka juga semakin bertambah baik.
2. Pendapatan Negara Meningkat.
Pemodenan pertanian juga berlaku dalam pertanian ladang. Contohnya penggunaan motoray untuk penorehan getah yang lebih cekap dan berjaya mengeluarkan susu getah yang lebih banyak telah meningkatkan jumlah pengeksportan getah ke negara luar. Apabila jumlah eksport meningkat, sudah tentu pendapatan negara juga meninkat.
3. Kurang Pengaliran Wang Negara.
Pengeluaran hasil pertanian yang meningkat, menyebabkan kurangnya kebergantungan negara kita kepada negara luar. Oleh itu, pengurangan import komoditi pertanian juga berlaku.
4. Memajukan Industri Pelancongan.
Kawasan pertanian menjadi tarikan pelancongan. Program homestay menikmati cara hidup kampung yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau orang perseorangan secara tidak langsung telah menjadi tarikan pelancong asing.
5. Alam Sekitar Terpelihara.
Teknik permodenan pertanian yang mesra alam menyebabkan kurangnya pembebasan bahan pencemaran. Contohnya penggunaan baja organik dan kawalan haiwan perosak secara semulajadi menjadikan alam sekitar terpelihara.
6. Semua Tempat Boleh Diusahakan Pertanian.
Pemodenan pertanian seperti penanaman hidrofonik tidak menjadi halangan kepada kawasan tanah terhad seperti mereka yang tinggal di rumah pangsa di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru. Teknik rumah kaca pula boleh diusahakan di kawasan sejuk seperti TanahTinggi Cameron dan Kundasang. Manakala teknik fertigasi menyuburkan tanah tandus seperti kawasan bekas lombong bijih timah di Ipoh membolehkan kawasan tersebut diusahakan dengan tanaman buah-buahan limau bali, jambu batu dan jambu air.
Wednesday, October 16, 2013
MINI GIVEAWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 3
Thursday, October 3, 2013
Bentuk-bentuk Pemodenan Pertanian Di Malaysia
~ Pembinaan rancangan pengairan. Contohnya Rancangan Pengairan KEMUBU di Kelantan dan Rancangan Pengairan MUDA membolehkan penanaman padi 2 kali setahun.
~ R & D oleh agensi-agensi pertanian seperti MARDI, MPOB dan RRIM telah menghasilkan benih-benih yang bermutu tinggi dalam pertanian padi sawah, getah dan kelapa sawit.
~ Penggunaan baja kimia dan baja organik telah meningkatkan kesuburan tanah pertanian dan seterusnya berjaya meningkatkan produktiviti pertanian.
~ Pertanian berbentuk ladang/berkelompok juga merupakan satu kaedah pemodenan pertanian dalam usaha meningkatkan komoditi pertanian eksport iaitu getah dan kelapa sawit. Contohnya FELDA, FELCRA dan rancangan kemajuan tanah (KETENGAH, KEJORA DAN KESEDAR).
~ Penggunaan jentera moden seperti jentuai dalam pertanian padi sawah telah meningkatkan kecekapan proses penuaian hasil padi dijalankan. Begitu juga dalam bidang pertanian ladang seperti menggunakan pisau penoreh getah berjentera yang dipanggil motoray telah meningkatkan penghasilan susu getah. Di samping itu, penggunaan jentera ini juga dapat mengatasi masalah tenaga buruh yang dialami oleh sektor pertanian pada hari ini.
~ Penanaman dalam rumah kaca seperti yang diusahakan oleh petani di Tanah Tinggi Cameron dan Kundasang juga satu kaedah pemodenan pertanian. Bunga-bungaan dan sayur-sayuran hawa sederhana diusahakan melalui kaedah ini. Kaedah ini juga telah berjaya menarik perhatian pelancong untuk berkunjung ke sana.
~ Bagi kawasan yang kekurangan tanah kaedah hidroponik boleh dilaksanakan.
Tuesday, October 1, 2013
Peraduan Cabaran Affiliate JDR!
Monday, September 30, 2013
Faktor perkembangan aktiviti akuakultur di Malysia
~ Galakan kerajaan
~ Bantuan modal dari Agro Bank atau subsidi dari kerajaan
~ R & D yang berterusan
~ Latihan kemahiran yang diberikan oleh Jabatan Perikanan
~ Pasaran yang luas
~ Khidmat nasihat yang mudah diperolehi seperti oleh pegawai MARDI dan LKIM
~ Peningkatan pelabur asing
~ Bekalan baka/anak ikan yang bermutu dan murah
~ Pekerjaan sampingan nelayan
~ Bekalan ikan yang kurang ketika monsun timur laut yang melanda negeri-negeri pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang)
~ Ikan sebagai sumber protein utama dan murah berbanding sumber protein lain seperti ayam dan daging
~ Kesedaran masayarakat yang mengutamakan kesihatan. Oleh itu, ikan menjadi pilihan mereka.
Sunday, September 29, 2013
Komisen 18, 19, 20 dan 21 dari Job Di Rumah
Minggu lepas rezeki dari JDR amatlah murah! Aku mendapat 4 komisen dalam tempoh tersebut (klik gambar untuk lebih jelas!). Jika sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang JDR ni, sila klik sini.
Sesiapa nak menyertai JDR dan menjana pendapatan seperti aku ni, sila klik banner Job Di Rumah kat atas tu ya!
Ikan Tenggiri Masak Kicap
Hari ini masak ikan masak kicap untuk lauk tengahari. Sebenarnya sudah agak lama juga saya tidak masak lauk ini kerana suami tidak berapa gemar lauk masak kicap. Tapi, atas permintaannya juga, hari ini saya masak lauk masak kicap sebab anak-anak suka. Jom ikuti cara memasaknya,
Bahan utama : 2 keping ikan tenggiri (goreng garing - ketepikan)
Bahan tumis :
5 ulas bawang putih - mayang halus
1 - 2 labu bawang besar (merah) - mayang halus
5 - 6 tangkai cili padi - pilihan
Bahan kuah ;
Kicap manis
Kicap masin
Air
Cara memasak :
1. Tumis bawang putih + bawang besar sehingga garing.
2. Masukkan kicap manis + kicap masin + air + cili padi. Perasakan garam dan gula secukupnya.
3. Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan. Masak 3 - 4 minit lagi supaya kuah sebati dengan ikan. Siap untuk dimakan dengan nasi putih.
Tuesday, September 24, 2013
Makaroni Sup Ala Stew
Bahan utama :
250 gm makaroni ~ rebus dan toskan apabila cukup lembut.
Bahan Tumis :
Bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
6 ulas bawang putih ~ mayang halus
1 labu bawang besar ~ mayang halus
Bahan Pelengkap:
1 paket kecil serbuk sup (3 sudu besar)
11/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 kiub perasa ayam
Isi ayam secukupnya ~ potong dadu kecil-kecil
4 biji ubi kentang ~ potong dadu kecil-kecil
1 batang lobak merah ~ potong dadu kecil-kecil
3 gelas air
Cara memasak:
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan air dan semua bahan pelengkap.
2. Masak/renehkan sup dengan api sederhana kecil. Perasakan garam dan gula.
3. Masukkan makaroni dan masak lagi untuk 4 - 5 minit. Tutup api, siap untuk dihidangkan.
Komisen ke 16 dan 17 dari Job Di Rumah
Sebenarnya komisen ke 16 dan ke 17 ini diperolehi pada hari yang sama iaitu pada awal bulan September.
Komisen ke 16 ini diperolehi pada 6 September pada jam 11.29 p.m.
Sementara komisen ke 17 ini diperolehi pada 6 september juga, tapi pada 11.47p.m lebih kurang 20 minit kemudian. Alhamdulillah dengan rezeki dari JDR ni.
Sesiapa nak tahu tentang JDR ni, boleh klik banner di bawah:
Sunday, September 22, 2013
Kesan migrasi terhadap kawasan luar bandar yang ditinggalkan
Pola migrasi utama di negara ini ialah migrasi luar bandar ke bandar. Kesannya bagi kawasan luar bandar yang ditinggalkan ialah
1. Berlaku ketidakseimbangan penduduk dari segi umur dan jantina.
Golongan muda dan kaum lelaki merupakan golongan utama yang berhijrah ke bandar. Oleh itu, yang tinggal di desa ialah golongan tua, kanak-kanak dan kaum perempuan yang tidak produktif.
2. Menyebabkan wujudnya kawasan tanah terbiar.
Banyak kawasan pertanian tidak diusahakan kerana kekurangan tenaga buruh. Akibatnya wujud tanah-tanah terbiar tanpa diusahakan. Pengeluaran hasil pertanian juga terjejas! Bagi memenuhi keperluan penduduk, hasil pertanian seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan terpaksa diimport dari negara Thailand dan Filipina.
3. Kebergantungan kepada buruh asing.
Bagi mengusahakan kawasan pertanian terbiar ini, pekerja/buruh asing diperlukan. Kemajuan sektor pertanian seperti perladangan kelapa sawit/getah bergantung kepada buruh asing dari negara Bangladesh dan Filipina. Ekorannya kemasukan buruh asing semakin meningkat ke negara ini.
4. Banyak sumber tidak dapat diusahakan.
Bukan hanya tanah pertanian tidak dusahakan, tetapi sumber-sumber lain seperti perikanan, pembalakan dan industri kecil sederhana (IKS) milik keluarga tidak dapat diusahakan kerana kekurangan tenaga kerja muda. Pembangunan di desa juga terbantut/lambat dan tidak mendapat perhatian pelabur untuk mendirikan kilang. Ini kerana pasaran barangan siap berkurangan di desa kerana jumlah penduduk di desa semakin berkurangan.
British Council ~ Education UK
British Council akan menganjurkan satu pameran tentang pengajian tinggi di UK pada 5 dan 6 Oktober bertempat di Dewan Paras 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pameran ini bermula dari jam 1 hingga 6 petang. Sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di UK jangan lepaskan peluang ini. Silalah berkunjung ke sana pada tarikh yang tersebut. Bagi yang hendak mengetahui lebih lanjut tentang pameran ini, silalah klik iklannya seperti yang tertera di atas.
Friday, September 20, 2013
CPUV Kecantikan ~ Olay
Sunday, September 15, 2013
Tazkirah dan ingatan bersama.
Kisah 6 Teka Teki Imam Al-Ghazali Yang Gagal Dijawab Dengan Tepat.
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan berbentuk teka teki :
Soalan pertama.
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .
Soalan kedua.
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang.
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Soalan ketiga.
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. " (Surah Al-A'raaf, Ayat 179)
Soalan keempat.
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'
Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaa lik.
Soalan keenam.
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang..
Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
"SHARE" LAH JIKA MAHU...MOGA2 BERMANFAAT MENJADI PERINGATAN KEPADA KITA SEMUA.
Saturday, September 14, 2013
Serlahkan bakat anda untuk peluang memenangi wang besar RM 50,000!
Asah bakat anda sekarang sebelum bermulanya edisi kedua pada 26 Ogos ini untuk peluang memenangi wang besar RM50,000. Anda boleh mendaftarkan diri melalui IVR Bakat JoHaRa khas, atau melalui video pada Youtube ataupun Instagram. Jangan tunggu lagi!
Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut dan ingin mencuba tu silalah klik banner di bawah!
Hujung Minggu Yang Bahagia!
Semenjak itu, Malaysia terdiri daripada Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) dan Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia).
Jadi selamat bercuti semua dan SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA..
Monday, September 9, 2013
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR
Semua sudah pasti tarikh peperiksaan UPSR ini iaitu esok bersamaan hari Selasa 10/9/13. Suamiku mengambil cuti bagi menemani Syu yang akan menduduki peperiksaan ini. Usaha dicurah semaksima mungkin, diiringi doa memohon Allah makbulkan apa dihajati. Selamat menjawab peperiksaan UPSR untuk Syu dan teman-teman seperjuangannya. Semoga kejayaan milik kalian semua.
Sunday, September 8, 2013
Puding Taufufa Fruit Coktail
Puding ini diberi nama puding taufufa kerana warnanya yang seakan-akan taufufa....putih susu.
Puding ini boleh disediakan segera untuk tetamu yang bertandang sebagai hidangan pencuci mulut. Dalam masa 3 -4 jam sudah boleh dihidangkan. Jika tetamu itu datang sebelah petang, bolehlah disediakan sebelah paginya. Puding ini enak dimakan semasa sejuk ... dikeluarkan dari peti sejuk!
Bahan-bahan :
1 paket agar-agar serbuk (10 gram)
3/4 cawan gula
2000 ml air (8 cawan air)
1 tin susu sejat cair
1 tin fruit coktail
Cara memasak :
1. Masukkan agar-agar + gula + air dalam periuk = masak atas dapur sehingga mendidih dan gula larut.
2. Masukkan susu sejat cair = masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
3. Tuangkan ke dalam adunan. Tunggu puding keras, kemudian taburkan fruit coktail beserta airnya. Sejukkan dalam peti ais. Siap untuk dimakan.
Friday, September 6, 2013
Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran
Antara faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran ialah :
2. Dasar Kependudukan Sesebuah Negara ~Sasaran jumlah penduduk 70 juta orang menjelang 2100 telah meningkatkan kadar kelahiran di Malaysia.
3. Taraf Pendidikan & Mengutamakan Kerjaya ~ Wanita yang berpendidikan tinggi lebih cenderung mengutamakan kerjaya daripada berkahwin. Apabila berkahwin dalam usia yang lanjut contohnya 40 tahun, tahap kesuburan (keupayaan mengandung dan melahirkan anak) menurun. Kadar kelahiran cenderung berkurangan.
4. Sosio budaya dan agama ~ Bagi penganut agama yang patuh pada ajarannya tidak mengamalkan perancangan keluarga. Kadar kelahiran cenderung meningkat.
5. Peluang pekerjaan ~ Bagai pasangan suami isteri bekerja, menghadapi masalah menjaga anak. Kos penjagaan anak yang tinggi menyebabkan bilangan anak dalam satu-satu keluarga dihadkan. Oleh itu, kadar kelahiran akan menurun.
Wednesday, September 4, 2013
Kesan Pembandaran
1. Kesan positif. Antaranya ialah
~pertambahan peluang pekerjaan
~peningkatan taraf hidup
~peningkatan taraf pendidikan
~peningkatan kemudahan asas/infrastruktur
~peningkatan kemudahan rekreasi/riadah
2. Kesan negatif. Antaranya ialah
~kesesakan lalu lintas
~pencemaran udara
~pencemaran air
~pencemaran bunyi dan bau
~peningkatan suhu
~pulau haba
~banjir kilat
~masalah perumahan setinggan
~pembuangan sisa pepejal
Tuesday, September 3, 2013
Komisen Ke 15 dari Job Di Rumah
Ini merupakan komisen terakhir yang saya dapat pada bulan Ogos iaitu pada 28 Ogos 2013. Sebelum itu, saya dah dapat komisen ke 14 pada 23 Ogos 2013. Syukur dan berterima kasih kepada Job Di Rumah kerana melalui iklannya saya memperolehi komisen ini.
Jika ada yang berminat tu, bolehlah baca post saya berkenaan JDR ini di sini. Atau boleh juga klik iklan Job Di Rumah di blog ini!.
Saturday, August 31, 2013
Dove ~ Hair Therapy
Sunday, August 25, 2013
Komisen ke 14 dari Job Di Rumah
Rezeki di hujung bulan Ogos, mungkin sempena menyambut bulan kemerdekaan Malaysia ke 56! Hehehe...apa-apa pun terima kasih kepada Job Di Rumah kerana rezeki ini. Nak baca post tentang Job Di Rumah ini, klik sini. Atau jika nak join sama ada untuk dapat komisen seperti saya atau nak cari kerja on line, boleh klik banner di atas tu ya!
Monday, August 19, 2013
Tempat Persembunyian Baru!
Sunday, August 18, 2013
Singgang Ikan Aye
Tiap-tiap hari makan nasi minyak dan lauk berkari/berlemak sempena hari raya ini, rasa-rasanya agak jemu juga kan. Jadi kali ini, saya masak lauk singgang saja. Jom ikuti cara memasaknya :
1 ekor ikan aye/tongkol - saiz kecil.
Bahan Kuah :
5 ulas bawang putih - mayang
2 ulas bawang merah - mayang
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas muda
4 keping asam gelugur
air secukupnya
Cara memasak :
1. Satukan semua bahan + ikan + garam + gula secukup rasa.
2. Masak sehingga kuah dan ikan masak. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih + sambal belacan + daun salad (sebagai ulam).
Thursday, August 15, 2013
Kari Ayam Sayur Bendi
Setelah berhariraya di kampung, kini tiba giliran beraya di rumah sendiri pula. Pada hari Selasa 13 Ogos 2013 iaitu 6 Syawal, saya masak lauk kari ayam ini untuk keluarga ti, yat dan along fiza yang akan singgah dalam perjalanan mereka ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu. Lauk ini saya hidangkan dengan nasi minyak (cuma kali ini tak letak pewarna), daging masak merah dan acar timun (kali ini saya guna cuka epal). Jom ikuti resipi kari ayam bendi ini :
Bahan utama : 2 ekor ayam (potong kecil-kecil) -ambil bahagian tulang.
Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan tumbuk :
5 - 8 ulas bawang putih
1- 2 inci halia muda
Bahan pelengkap :
4 - 5 sudu besar bawang kisar
4 - 5 sudu besar cili boh
5 - 6 sudu besar rempah kari
RM5 santan
Air
Sayur:
3 biji ubi kentang - potong 4
2 biji tomato - potong 4
10 batang bendi - potong 2
Cara memasak :
1. Masak bahan tumis + bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan bawang kisar + cili boh + sedikit air = masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit santan + rempah kari = masak sehingga rempah garing. Masukkan ayam + ubi kentang + garam + nesan/gula secukup rasa. Masukkan lebihan santan.
3. Setelah kuah agak pekat dan pecah minyak, masukkan bendi dan tomato. Masakkan 2 - 4 minit, kemudian matikan api. Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.
Wednesday, August 14, 2013
Cara mudah mencari mukasurat dalam al-Quran
السلام عليكم Ùˆ رØمة الله Ùˆ بركاته
Interesting. Dpt from another group.
Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.hanya berkongsi ilmu
Monday, August 12, 2013
Ikan ebek masak keng som
Hari ini masak ikan ebek dua keping untuk makan tengahari. Menu simple tetapi seimbang sebab ada sayur di dalamnya. Ikan ebek ini saya masak keng som. Pedas tapi sedap kata anak-anak. Jom lihat resipinya
Bahan utama : 2 keping ikan ebek
Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
2 batang serai
sedikit belacan
cili padi (5 -6 tangkai)
1 tangkai cili merah
Bahan kuah :
1 mangkuk air asam jawa
2 keping asam gelugur
1 1/2 sudu besar pes keng som
air secukupnya
Sayur :
kangkung
Cara-cara memasak :
1. Campurkan semua bahan kisar + bahan kuah = masak sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan ebek + sayur kangkung + garam + gula secukupnya = masak sehingga ikan dan sayur layu. Angkat, siap untuk dimakan bersama-sama nasi putih panas.
Saturday, August 10, 2013
Komisen ke 13 dari Job Di Rumah
Dalam kesibukan untuk pulang ke kampung berhari raya, alhamdulillah masih ada rezeki dari Job Di Rumah! Komisen yang ke 13 :) Komisen ini di bank transfer oleh pihak JDR pada 5 Ogos 2013. Jumlah komisen yang terkumpul setakat ini ialah RM315.
Mereka yang berminat tu, bolehlah baca post ini : Job Di Rumah Memang Boleh Dipercayai!
Atau boleh juga klik banner di bawah ini.
Wednesday, August 7, 2013
Pantun Hari Raya
dam dum bunyi mercun
walaupun dilarang dimain juga
syawal disambut penuh bersantun
Tuesday, August 6, 2013
Rezeki dari Blogger Wanita
Alhamdulillah semenjak mendaftarkan diri untuk segmen wang tunai RM5000 untuk blogger pada 20 Mac 2012 anjuran Aya Norbayah admin blogger wanita, blog kelip-kelipkehidupan ini masih tersenarai sebagai referrer semenjak segmen ini dilancarkan.
Walaupun jumlahnya kecil iaitu sebanyak RM15.90, saya rasa bersyukur kerana tak menyangka akan terpilih.
Segmen ini masih diteruskan pada tahun ini dan saya juga amat bersyukur kerana blog ini masih tersenarai sebagai referral terbanyak pada bulan Jan dan Feb, berjumlah RM7.90.
Tuah ayam nampak pada tajinya, tuah blog ini pada segmennya, apabila masih tersenarai sebagai referral terbanyak pada bulan Mac dan April dengan jumlah RM25.75.Alhamdulillah.
Syukur yang amat apabila bulan Mei,Jun dan Julai, blog ini masih tersenarai sebagai referral terbanyak dengan jumlah RM8.00 , RM10.40 dan RM6.80.
Jadi jumlah terkumpul setakat ini yang diperolehi dari segmen ini ialah RM74.75.
Duit hadiah yang berbaki kini berjumlah RM3167.95.
Masih belum terlambat untuk blogger nak join...masih banyak lagi duit hadiah untuk dimenangi tu.
Sesiapa nak join sila klik banner blogger wanita di bawah ini. Semoga bernasib baik, boleh jadi top referral seperti blog ini.
New CPUV : SMURFS 2 IN 3D
CPUV ini baru dapat semalam. Ini merupakan iklan cerita smurfs (kartun orang kerdil) yang akan ditayangkan di pawagam pada 8 Ogos ini. Ketika itu, kita masih lagi bercuti sempena hari raya aidilfitri. Oleh itu, bolehlah membawa famili menonton cerita ini di pawagam berhampiran. Sudah pasti cerita kartun ini menjadi kegemaran si anak-anak kecil.
Terima kasih kepada pihak nuffnang kerana sudi menaja blog ini.