BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, April 24, 2016

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Salam. Rasanya sudah agak lama aku tidak update blog ini tentang masakan. Hari ini terpanggil untuk masukkan resipi yang menjadi kegemaran ramai ini terutamanya bagi mereka yang menyukai masakan pedas.Hari ini masak masakan orang nogori sembilan. Rasa-rasanya ada yang dah boleh agak masakan apa tu. Sudah pastinya masak lemak cili padi...hehehe kat tajuk pun dah bagi tahu!

Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam potong kecil-kecil. Ayam ini hendaklah dipanggang dalam pan ajaib bertujuan untuk membuang airnya dan bagi kulitnya sedikit garing!

Bahan kuah :

1 inci kunyit hidup + 10 tangkai cili padi (letak lebih jika suka lagi pedas) + santan (sedikit je letak) = blend hingga semua sebati dan hancur

400 ml santan (saya guna santan kotak je)

1 biji ubi kentang - potong 4

4 batang serai - titik sedikit

2 keping asam gelugur

1 gelas air

Cara masak :

1. Satukan semua bahan kuah dalam periuk. Santan letak separuh sahaja.

2. Bila ubi kentang sudah empuk, masukkan ayam + separuh lagi santan.

3. Letak gula + garam secukup rasa. Masak 2 - 3 minit lagi. Tutup api. Siap

Selamat mencuba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...