BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, June 22, 2016

Ayam Panggang berempah


Bahan :

1/2 ekor ayam ~ basuh dan toskan


Bahan tumbuk :  

6  ulas bawang putih
2  inci halia
1/2 sudu kecil lada hitam


Bahan sos :

2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
garam secukup rasa

Bahan pelengkap :
ubi kentang dan lobak merah

Cara memasak :
1. Gaulkan semua bahan tumbuk dan bahan sos sehingga sebati.

2. Gaul sebati dengan ayam + ubi kentang + lobak merah. Letak dalam pan ajaib dan bakar selama 20 minit.

3. Semasa masak tu, keluarkan kuahnya untuk mempercepatkan ayam itu garing! Sos itu boleh digunakan sebagai kuah.

Tuesday, June 7, 2016

Ayam Golek Terengganu Stail

 Hari ini masuk hari kedua ramadhan. Semalam angah dan adik-adik masak nasi ayam untuk berbuka. Sedap sehingga menjilat jari gitu..hehehe

Jadi hari ini giliran aku pula masak dan sebagai memenuhi permintaan anak-anak, aku masak ayam golek tapi terengganu stail. Hari ini masak banyak sikit untuk hantar sebagai juadah berbuka puasa bagi keluarga yat, ti dan ma. Harap-harap tu cukup rasalah ye, almaklum bulan puasa ni, main campak je garam dan gula.

Bahan utama :

Ayam 2 ekor (potong 8)

Bahan kuah :

6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar merah
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit
6 sudu besar cili boh


RM6 santan
Gula melaka
3 keping asam gelugor
Sedikit halba
4 batang serai (diketuk sedikit)
Air secukupnya

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan dalam kuali. Letak gula melaka/ gula + garam secukup rasa.
2. Masak sehingga ayam separuh masak.
3. Pindahkan ayam ke dalam pan ajaib dan panggang sehingga ayam masak.
4. Hidangkan ayam bersama kuahnya.

Dah siap untuk dihantar kepada yat ~ lauk berbuka hari ini
Ayam Golek Terengganu Stail


Thursday, June 2, 2016

Gulai ayam kunyit lengkuas




Hari ini teringin nak makan gulai kunyit lengkuas yang ma selalu masak semasa aku kecik-kecik. Teringin sangat nak makan tapi ma masak biasanya letak ikan. Kali ini aku letak ayam. Sedap juga.
Menunya mudah je..

Bahan utama :

1 ekor ayam potong kecil-kecil

Bahan kuah  (kisar semuanya):

2 labu bawang besar
5 tangkai cili padi (jika nok lagi pedas tu boleh tambah)
2 inci lengkuas muda
2 inci kunyit
air secukupnya

Bahan pelengkap :

Santan (RM3)
2 keping asam gelugur

Cara memasak :

1. Satukan semua bahan kisar dalam periuk + ayam + asam gelugur + santan (letak separuh dulu) + air (setengah gelas). Masak sehingga ayam empuk.Masukkan garam + gula secukup rasa.

2. Tambahkan santan yang berbaki. Kacau sehingga rata dan masak dalam 2 - 3 minit lagi. Tutup api. Siap untuk dimakan. Makan dengan nasi panas ...sedap tau!

Ikan tenggiri masak merah

Ini adalah resipi tok ma. Masakannya mudah saja tapi sedap tak terhingga. Sebenarnya sudah agak lama jugalah, aku tidak masak lauk ini kerana harga ikan tenggiri yang melambung naik mahalnya dan juga kerana sukar untuk mendapatkan ikan tenggiri yang segar.

Bahan utama :

Ikan tenggiri ~ 3 keping (1/2 kg) ....goreng (lumur garam sahaja)

Bahan kuah :

2 labu bawang besar (kisar halus)
5 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
Air secukupnya.

Cara masak :
1. Tumis bawang + cili boh sehingga garing (masukkan sedikit air semasa menumis).

2. Masukkan sos tomato + kicap manis + kicap masin + gula. Saya tak letak garam sebab sos-sos tu sudah masin. Kemudian masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng terlebih dahulu. Gaul seketika supaya kuah bersebati dengan ikan. Siap. Amat sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...